'PRU musim banjir, jangan tambah derita rakyat'

Iklan
Shamsul Iskandar Mohd Akin

SHAH ALAM - Kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa pihaknya sanggup meredah banjir sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilaksanakan pada musim berkenaan disifatkan sebagai tidak peka terhadap sensitiviti rakyat yang sedang berhadapan dengan musibah tersebut.

Menurut bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, kenyataan tersebut secara tidak langsung turut menggambarkan bahawa UMNO, BN dan Perikatan Nasional (PN) dilihat amat terdesak kerana sanggup memanipulasi saat kesusahan rakyat demi kepentingan politik masing-masing.

Iklan
Iklan

Jelasnya, musim banjir tidak sesuai untuk diadakan pilihan raya memandangkan pada ketika orang ramai sedang berhadapan dengan bencana tersebut.

"Adakah Ahmad Zahid sedar sekian lama perkara yang amat menggelisahkan rakyat apabila tiba musim tengkujuh ialah banjir serta hujan lebat.

Iklan

"Tanyalah rakyat jelata baik di negeri-negeri di Utara, Selatan, Pantai Timur, Pantai Barat, Sabah, Sarawak dan bumi bertuah Melaka ini siapa sahaja tidak terlepas dari bencana banjir ini. Apakah Ahmad Zahid dan BN fikir banjir ini adalah satu pesta keraian tahunan?, soal beliau menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Soal Shamsul Iskandar lagi, apakah dalam keadaan itu maka rakyat dipaksa beratur untuk memangkah kertas undi. Bagaimana dengan rumah yang tenggelam? Bagaimana dengan sekolah atau pusat pembuangan undi yang tenggelam?

Iklan

"Bagaimana dengan petugas-petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendak bergerak ke lokasi pengundian? Bagaimana pula dengan pengundi-pengundi yang tidak dapat balik kerana jalan terputus akibat banjir?,” katanya.

Ahmad Zahid pada Sabtu menegaskan bahawa seandainya pembubaran Parlimen dibuat pada akhir tahun yang begitu sinonim dengan musim banjir, maka seluruh jentera mereka sudah bersiap sedia bagi menghadapinya termasuk sanggup meredah banjir.

Kata Ahmad Zahid, PRU15 tidak boleh ditangguhkan kepada masa yang lebih panjang lagi memandangkan pihak lawan sedang bekerja keras untuk menghadapi mereka.