'Saya memang tak jangka menang pingat emas'

Iklan
Muhammad Hakimi meraih pingat emas dalam acara 50m pistol lelaki di temasya Sukma MSN 2022 pada Ahad. - Foto Bernama

ANAK seorang anggota polis, Muhammad Hakimi Zulkifli yang sering mengikuti bapanya ke Pusat Latihan Polis sejak berusia 12 tahun, meraih emas Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 dalam acara 50 meter (m) pistol lelaki pada Ahad.

Atlet debut berusia 18 tahun itu berkata, minat terhadap sukan menembak tercetus sejak kecil lagi apabila selalu mengikut bapanya Zulkifli Omar, 61, ke lapang sasar.

Iklan
Iklan

Beliau berjaya mengatasi dua atlet Pahang selepas mengumpulkan 529 mata untuk menjuarai acara berkenaan di Lapang Sasar Nasional Subang di sini.

Muhammad Hakimi berkata, beliau berpuas hati apabila berjaya menumpaskan cabaran daripada Cheah Zen Hong (527 mata) dan Wan Muhamad Syafiq Wan Mustaza (526), yang masing-masing membawa pulang perak dan gangsa.

Iklan

"Memang tak jangka dapat pingat emas sebab saya tembak teruk dan fikir memang ada atlet dari Pahang yang boleh potong, tapi alhamdulillah dapat apa yang diinginkan selama ini.

Bagi acara 50m pistol berkumpulan lelaki, Pahang merangkul emas dengan membidik 1,570 mata keseluruhan, hasil tembakan Cheah, Wan Muhammad Syafiq dan Muhammad Adib Abu Hassan.

Iklan

Perak yang diwakili Megat Muhammad Aliff Daniel, Ilmi Azri Abdul Razak dan Muhammad Daniel Hail meraih tempat kedua dengan 1,544 mata.

Wilayah Persekutuan pula terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas mengutip 1,530 mata menerusi Muhammad Hakimi, Abdul Haikal Abdul Aziz dan Muhammad Amir Safwan Mat Zuki. - Bernama