[VIDEO] PRU15: Ahmad Zahid membayangkan Ismail Sabri kekal sebagai PM

Iklan
Zahid Hamidi - Foto Bernama

SHAH ALAM - Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan kekal sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan tersebut menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kenyataan tersebut dilihat mengulangi kembali pendirian Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada April lalu yang memutuskan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri pada PRU15.

Iklan
Iklan

Ujar Ahmad Zahid, permintaan MIC dan dasar berkaitan kebajikan masyarakat India akan dipertimbangkan seandainya Ismail Sabri kekal meneruskan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

"Saya yakin Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan), saya dan Perdana Menteri akan memberi pertimbangan sehabis baik semua permintaan MIC.

Iklan

Sementara itu, Ismail Sabri ketika berucap dalam majlis yang sama menyatakan kerajaan akan memastikan komuniti India tidak akan dipinggirkan dalam arus pembangunan negara.

Beliau memaklumkan kerajaan telah meluluskan pelbagai bentuk bantuan bagi pembangunan sosioekonomi, program pembangunan usahawan, program modal insan dan pembangunan sosial, kebajikan dan kerohanian serta program penyelidikan kajian pembangunan sosioekonomi masyarakat India.

Iklan

Katanya, peruntukan bagi tujuan pendidikan juga telah diluluskan dengan RM39 juta diberikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Ujar beliau lagi, terdapat lebih banyak dana akan diumumkan kepada masyarakat India dalam Bajet 2023 pada Oktober ini.