Arsenal kembali pimpin carta EPL

Iklan
Nwaneri (tengah) yang berusia 15 tahun menjadi pemain termuda beraksi dalam kancah EPL. - Foto Agensi

BERAKSI tanpa dua tonggak tiada masalah buat Arsenal untuk kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membenam Brentford 3-0 pada Ahad.

Tiga mata berharga diraih hasil jaringan William Saliba, Gabriel Jesus dan Fabio Vieira sekali gus membantu The Gunners mengumpul 18 mata.

Iklan
Iklan

Meninggalkan Manchester City serta Tottenham Hotspur di tangga kedua dan ketiga berkongsi 17 mata.

Kecederaan kapten Martin Odegaard dan Oleksandr Zinchenko tidak menjejaskan perancangan pengendali, Mikel Arteta untuk meraih kemenangan.

Iklan

Arteta turut menguji pemain berusia 15 tahun, Ethan Nwaneri yang masuk menggantikan Vieira.

Dia menjadi pemain termuda dalam sejarah EPL.

Iklan

Gabriel Martinelli berpeluang membuka jaringan seawal minit kedua hasil gerakan Granit Xhaka, namun gagal menemui penyudah.

Saliba kemudian membuka tirai jaringan pada minit ke-17 apabila menanduk tepat bola sepakan sudut Bukayo Saka untuk membolosi gawang Brentford.

Jesus turut menggunakan kepalanya bagi gol kedua dan keempatnya dalam tujuh perlawanan EPL sejak berpindah dari Mancheser City.

Saka turut mempunyai peluang menambah jaringan, namun gagal menyempurnakan lorongan Vieira.

Ketiadaan Odegaard turut memberi ruang buat Vieira memulakan perlawanan EPL pertamanya dan pemain tengah Portugal itu membuktikan kemampuannya dengan rembatan padu dari luar kotak penalti untuk gol ketiga Arsenal.

Nwaneri yang berusia 15 tahun 181 hari, mengatasi rekod Harvey Elliott sebagai pemain termuda liga itu ketika dia tampil untuk Fulham pada usia 16 tahun.