Punca kualiti perkhidmatan bas menurun

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Isnin.

Pengusaha bas ekspres tidak mempunyai keyakinan membuat pelaburan menyebabkan jadual perjalanan perkhidmatan menjadi terhad

SHAH ALAM - Kekerapan jadual perjalanan bagi perkhidmatan bas ekspres seluruh negara dikhuatiri akan terus terjejas berikutan dilema yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha bas ekspres meskipun negara kini ke arah pemulihan ekonomi dan fasa endemik.

Situasi yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha itu didakwa tidak jauh berubah berbanding ketika negara melalui fasa sukar penularan Covid-19 sehingga masih memberi kesan kepada perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada pelanggan.

Iklan
Iklan

Presiden Persatuan Pengusaha Bas seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, ketika ini para pengusaha bas ekspres tidak mempunyai keyakinan untuk membuat pelaburan lebih banyak bagi merancakkan operasi mereka menyebabkan jadual perjalanan perkhidmatan bas ekspres menjadi terhad.

* Baca laporan penuh 'Punca kualiti perkhidmatan bas menurun' di Sinar Premium

Iklan
Iklan