ATLET Sabah, Navern Nataneel Marcellinus mempertahankan pingat emas yang dimenanginya empat tahun lalu, apabila mengungguli acara perseorangan lelaki boling di Sunway Mega Lanes, Petaling Jaya.
Atlet berusia 22 tahun itu menampilkan persembahan penuh bergaya apabila melakukan 1,276 jatuhan pin, sekali gus menidakkan cabaran atlet Pahang, Danial Haiqal Izwan Suhardi yang meraih perak (1,270) dan Muhammad Hariz Idlan Azman dari Pulau Pinang yang membawa pulang gangsa (1,249)