PRU musim banjir bukti UMNO terdesak

Iklan
Che Asmah

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diminta untuk mengumumkan tahap kesiapsiagaan negara bagi menghadapi musim banjir dalam masa terdekat.

Ketua Pejuanita Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datin Paduka Che Asmah Ibrahim berkata, perkara itu lebih penting berbanding isu tarikh pembubaran Parlimen.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Ketua Wanita Gerakan Tanah Air (GTA) berkata, desakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) semasa musim banjir juga dilihat sesuatu tindakan di luar kewarasan.

"Di samping itu kerja membersihkan saliran parit dan longkang juga sepatutnya digiatkan oleh pihak kerajaan tempatan bagi mengelakkan banjir kilat semasa hujan lebat.

Iklan

"Semua aktiviti kerja tanah dari projek pembangunan perlu dipantau dengan lebih kerap dan tegas. Pemantauan dan pemeriksaan ke kawasan-kawasan cerun dan kawasan-kawasan sensitif alam sekitar perlu dibuat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Che Asmah berkata, rakyat Malaysia sepatutnya dapat menilai sikap rakus, terdesak serta gila kuasa UMNO dan BN yang ingin merampas semula kuasa pentadbiran tanpa memikirkan tanggungjawab terhadap nasib rakyat dan kemusnahan negara.

Iklan

Jelas beliau, tindakan UMNO yang mendesak PRU ketika ini sekali gus memaparkan sikap sebenar parti itu dalam menentukan percaturan kuasa di dalam negara dan langsung tidak memikirkan kesusahan rakyat.

"Yang penting mereka ingin mendapatkan semula kuasa memerintah negara untuk melepaskan tengkok kluster mahkamah di kalangan pimpinan UMNO yang bukannya seorang tetapi berjemaah dari kepala sehingga ke ekor,” ujarnya.