PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menghantar mesej yang tegas kepada anggota pentadbiran beliau berhubung hasratnya untuk menekankan tentang peri pentingnya menjadi sebuah kerajaan yang tersusun.
Dalam perjumpaan tertutup bersama pentadbir kerajaan termasuk menteri kabinet, pegawai tertinggi perkhidmatan awam dan para pegawai kerajaan, di sini, hari ini, Dr Mahathir berkata, beliau berusaha untuk menjelaskan tentang keperluan bagi kerajaan untuk menjadi tersusun.