Aksi pemain 15 tahun dapat pujian Arteta

Iklan
Nwaneri (kiri) diturunkan pada masa kecederaan ketika Arsenal mendahului Brentford 3-0 dalam saingan EPL pada Ahad. - Foto Agensi

DEBUT pemain termuda, Ethan Nwaneri berusia 15 tahun bersama Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) mendapat pujian Mikel Arteta.

Nwaneri dibawa masuk pada masa kecederaan ketika meraih kemenangan 3-0 ke atas Brentford sekali gus menjadi penampilan sulungnya bersama skuad senior Gunners.

Iklan
Iklan

"Kami mempunyai peluang untuk membawa masuk pemain muda. Ia adalah perasaan yang membanggakan. Saya sangat menyukai aksinya.

"Dia berlatih dengan kami beberapa kali. Semalam (Ahad) jika ada peluang, saya akan beri peluang kepadanya.

Iklan

"Dia berhak dapat peluang itu dan melakukan tugasnya dengan hebat. Seorang pemain berbakat besar yang kami mahu kekalkan," ujar Arteta.

Nwaneri baru berusia 15 tahun 181 hari, bermakna dia mengatasi rekod yang dipegang Harvey Elliott sebelum ini.

Iklan

Elliott berusia 16 tahun 30 hari ketika dia mencipta rekod sebagai pemain paling muda pernah diturunkan semasa di Fulham pada 2019.

Nwaneri kini memenangi rekod itu selepas dibawa masuk bersama Fabio Vieira di Stadium Komuniti Brentford.

Gol kemenangan The Gunners disumbang William Saliba pada minit ke-17 dan tandukan Gabriel Jesus 11 minit kemudian meletakkan Arsenal mendahului 2-0.

Empat minit selepas rehat, pemain tengah Portugal, Fabio Vieira merembat kencang dari luar kotak penalti untuk menjadikan Arsenal selesa dengan kemenangan 3-0.