Gandingan padu Messi, Neymar

Iklan
Gandingan Messi (kiri) dan Neymar membantu PSG mengalahkan Lyon 1-0 dalam aksi Ligue 1 pada Isnin. - Foto Agensi.

JARINGAN tunggal pemain sensasi, Lionel Messi membantu Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Lyon 1-0 dan merampas kedudukan pendahulu Ligue 1 daripada Marseille, pada Isnin.

Jaringan pada minit kelima itu hasil bantuan Neymar dan pemain tersebut juga sudah melakukan tujuh bantuan gol dalam lapan aksi Ligue 1 setakat ini.

Iklan
Iklan

Kemenangan itu meletakkan PSG dua mata di depan Marseille yang sebelumnya mendahului liga dengan keputusan seri 1-1 di laman sendiri menentang Rennes.

"PSG bermain dengan hebat. Berdepan pasukan sukar yang sedang menanti. Kami menjaringkan gol yang bagus dan boleh meledak lebih banyak gol.

Iklan

"Kami lebih seimbang, terutama Neymar memberikan keseimbangan amat penting. Walaupun kurang bergerak pada babak kedua, kami masih ada banyak peluang," kata jurulatih PSG, Christophe Galtier.

Trio serangan 'MNM' milik Galtier ketika ini melalui prestasi terbaik apabila lapan gol sudah dijaringkan Neymar dalam Ligue manakala tujuh buat Kylian Mbappe dan empat daripada Messi.

Iklan