AADK cadang tubuh pusat pemulihan khas

Iklan
Zulkifli (tiga, kiri) dan Hasanuddin (dua,kiri) beramah mesra dengan pemimpin komuniti yang hadir pada Sesi Dialog Ketua Pengarah AADK Malaysia Bersama Pemimpin Komuniti.

PASIR MAS - Pengambilan dadah sintetik seperti pil kuda dan syabu secara berterusan yang menjadi trend ketika ini boleh mengakibatkan penagih berdepan dengan masalah mental.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, melihat kepada trend tersebut, pihaknya berpandangan satu pemulihan khas perlu diwujudkan bagi mengatasi masalah tersebut.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini kita belum ada lagi pusat pemulihan khas bagi penagih dadah sintetik ini.

"Bagaimanapun Pusat Penyembuhan, Rawatan dan Pemulihan (CCRC) Tampoi, Johor digunakan sebagai tempat pemulihan untuk penagih yang mengalami masalah mental," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sesi Dialog Ketua Pengarah AADK Malaysia Bersama Pemimpin Komuniti dekat Tendong, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Ketua Polis Kelantan, Hasanuddin Hassan, ADUN Tendong, Rozi Muhamad dan Pengarah AADK Kelantan, Rohayu Ahmad serta pemimpin komuniti.

Iklan

Menurutnya, hal ini berikutan kedudukan CCRC Tampoi yang berdekatan dengan Hospital Permai yang mempunyai kepakaran dalam bidang psikiatri.

Katanya, melihat kepada trend sekarang AADK menimbang CCRC seperti di Johor perlu diwujudkan di kawasan-kawasan lain.

Zulkifli berkata, ADDK menjangkakan lebih ramai akan mengalami masalah mental akibat pengambilan dadah sintetik.

"Apa yang kita tahu kesan ketagihan dadah sintetik ini berbeza dengan penagih yang mengambil dadah jenis heroin dan dadah tradisional yang lain," katanya.

Zulkifli berkata, berdasarkan statistik yang dicatatkan pada 2014 hingga 2018, sebanyak 90.1 peratus pengambilan dadah di Kelantan adalah melibatkan dadah jenis pil kuda dan syabu iaitu dadah sintetik methamphetamin.

Jelasnya, dijangkakan kemasukan dadah dari negara pengeluar dadah akan meningkat sekali ganda pada masa hadapan dan menjadi satu ancaman kepada negara.

"Ini adalah ancaman kepada negara di mana kemungkinan dadah akan menjadi lebih murah selain mudah diperolehi.

"Namun begitu sekiranya kita berjaya memberi didikan dan dorongan mengenai bahaya pengambilan dadah, sudah pasti masalah itu dapat diatasi," katanya.