KELAB Liga Perdana Inggeris, Brighton & Hove Albion mengumumkan pelantikan Roberto De Zerbi sebagai pengurus baharu The Seagulls dengan kontrak empat tahun.
Pengendali berusia 43 tahun itu menggantikan Graham Potter, yang meninggalkan kelab tersebut untuk bersama Chelsea minggu lalu ketika kelab London berkenaan berada berkedudukan keempat liga.
Iklan
Iklan
Timbalan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Brighton, Paul Barber berkata, pengurusan kelab menilai calon yang berminat menyertai Seagulls, namun Roberto merupakan pilihan utama sejak mula.
Pengendali dari Itali itu mencipta nama ketika bersama kelab Serie A, Sassuolo, apabila mengemudi pasukan tersebut di tangga kelapan liga dua musim berturut-turut pada 2020 dan 2021.
De Zerbi kemudian menyertai kelab Liga Ukraine, Shakhtar Donetsk pada Mei 2021, namun khidmatnya berakhir selepas pengantungan liga setelah pencerobohan Rusia.