Warung Karat

Iklan


Para pengunjung ke Warung Karat di Jalan Shaikh Eusoff, Jalan Air Itam di sini akan terpegun melihat hiasan warung berkenaan dengan barang-barang antik. Warung Karat itu yang mula beroperasi sejak 10 bulan lepas menjadi tumpuan para pengunjung tempatan dan luar negeri.

Warung makanan ini dihiasi dengan pelbagai koleksi barang-barang antik di setiap sudut antaranya termasuklah motosikal dan basikal lama, pinggan mangkuk, radio, telefon lama, piring hitam, majalah, piano lama dan gitar.

Warung makanan itu beroperasi dari pukul 5.30 petang hingga 12 tengah malam setiap hari kecuali pada hari Isnin.

Mohd Razman Mohammed Sidek, 40, pemilik warung tersebut merupakan pengumpul barang-barang antik yang dibeli di sekitar Pulau Pinang. Menurut Razman, barang antik di warungnya adalah koleksi peribadinya yang telah dikumpul sejak zaman remajanya lagi.

Kelihatan Razman menghidangkan minuman pada pelanggan yang mengunjungi warungnya.