Saban tahun, setiap kali cuti umum atau cuti perayaan, jalan utama dan lebuh raya sesak dengan kenderaan apabila orang ramai mengambil peluang bercuti, pulang ke kampung halaman dan keluar beriadah.
Begitu juga suasana di Gunung Ulu Sepat, Perak apabila diserbu pendaki-pendaki yang ingin menikmati keindahan alam di puncak gunung yang dilitupi Hutan Balak, Hutan Buluh, Hutan Pokok Renek dan Hutan Mossy.
Lebih 200 pendaki dari pelbagai bangsa dan juga dari luar negara berkunjung ke puncak itu sempena cuti umum Hari Malaysia pada 16 Sept lepas.
Pendaki mempunyai dua pilihan untuk sampai ke Puncak Ulu Sepat iaitu dengan menaiki pacuan empat roda dari Sungai Siput ke Kampung Lerlar di Pos Kemar yang mengambil masa empat jam perjalanan atau pun menaiki bot dari Jeti Awam Tasik Banding di Gerik yang mengambil masa selama 1 jam 30 minit.
Sepanjang perjalanan ke puncak, terdapat dua buah tapak perkhemahan (camp site) iaitu Kem Kulim dan Kampung Lenweng.
Selain berkhemah, pendaki juga boleh memilih bermalam di rumah Orang Asli yang popular dengan panggilan 'banglo' dalam kalangan mereka.
Gunung Ulu Sepat adalah sebuah gunung G7 (merujuk kepada gunung lebih 7,000 kaki), selain Gunung Tahan (7,182), Gunung Korbu (7,162, Gunung Yong Belar (7,156), Gunung Gayong (7,129) dan Gunung Yong Yap (7,110).