[VIDEO] 'Fikir segala tindakan, rasuah beri kesan buruk'

Iklan
Datin Alyah. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

SHAH ALAM – Penyanyi, Datin Alyah menasihatkan generasi muda agar sentiasa memikirkan segala tindakan yang dilakukan agar tidak terlibat dalam aktiviti rasuah.

Alyah atau nama penuhnya Noor Hasliah Abu Hasan berkata, jika mengamalkan rasuah sejak muda, ia akan memberikan kesan buruk selepas itu.

Iklan
Iklan

"Kena fikir banyak kali kerana pilihan apa yang kita buat sekarang itulah yang akan membawa kita 10 ke 20 tahun akan datang.

"Kalau rasuah itu dimulakan daripada umur muda, ia akan memberi kesan 10, 20 atau beberapa tahun kemudiannya daripada segi makanan dan yang kita beri kepada keluarga. Itu semua kita kena fikir banyak kali,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis program Mak Untuk Malaysia (MUM), ‘Kisah Hati Alyah’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Isnin.

Program yang berlangsung selama hampir sejam itu dikendalikan oleh Hazlin Hussain sebagai pengacara.

Iklan

"Banyak mana pun yang dapat daripada hasil rasuah tidak akan membawa kita ke mana-mana. Akhirnya menyusahkan kita,” ujarnya.

Menurut Alyah, di saat umur muda sememangnya akan menghadapi kesusahan dan ia perlu dicabar agar dapat merasai hasil usaha tersebut.

"Dari sekarang kita sudah bermewah-mewah, kita nak tunjuk dengan orang, tetapi hasil itu? Tidakkah kita sayang kepada mak dan ayah kita?

"Lagi-lagi kalau mak ayah itu duduk di kampung, jadi fikir banyak kali (sebelum mengambil rasuah). Tenung muka mak ayah kita banyak kali sebab pengorbanan ibu bapa ini tiada gantinya,” katanya.