'X-break' 15 minit di setiap kementerian: Dr Dzulkefly

Iklan
Dzulkefly turut sama bersama menyertai peserta berjalan kaki dan larian sempena Kempen Hidup Aktif peringkat Kebangsaan 2019 sempena 'Car Free Morning' di Jalan Raja Laut, hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kabinet bersetuju agar setiap kementerian mengadakan aktiviti senaman selama 15 minit sehari bagi membudayakan gaya hidup sihat, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata program yang bernama ‘X-Break’ itu memerlukan setiap kementerian mengadakan aktiviti senaman sama ada pada sebelah pagi atau petang untuk kakitangan mereka.

Iklan
Iklan

"Cadangan itu sudah dipersetujui oleh semua jemaah Menteri baru-baru ini, kami cadangkan 15 minit setiap hari sama ada pagi atau petang (untuk bersenam) tetapi ia fleksibel mengikut kesesuaian setiap kementerian.

"Sekarang ini memang ada kementerian yang sudah lakukan, tetapi kami akan keluarkan satu garis panduan buat semua yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen hidup aktif ‘Big WALK’ di sini, hari ini.

Iklan

Beliau berkata sehubungan itu pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) esok untuk merangka satu Pekeliling bagi diedarkan kepada setiap kementerian.

Tahun lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mencadangkan agar kakitangan pejabat kerajaan mahupun swasta memperuntukkan masa selama 15 minit melakukan aktiviti senaman.

Iklan

Perdana Menteri berkata kakitangan boleh berbuat demikian dengan berehat seketika sekitar pukul 11 pagi di luar pejabat berhawa dingin.

Terdahulu kira-kira 3,000 perserta bersenam dan berjalan sejauh tiga kilometer pada program Big WALK di ibu kota hari ini dalam usaha menggalakkan gaya hidup sihat. - Bernama