[VIDEO] Gelombang PRU15 untuk BN: Mahdzir

Iklan
Mahdzir (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran program UUM-PIBKS Membina Kesejahteraan Rakyat di sini pada Isnin.

KUBANG PASU - UMNO yakin gelombang pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan menyebelahi mereka.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, gelombang pengundi yang akan tiba semasa pilihan raya menjadi faktor terpenting untuk menghadapi pilihan raya dijangka tidak lama lagi.

Iklan
Iklan

Katanya, seperti ombak pada PRU14 yang lalu parti berkenaan yakin bahawa ia lebih kepada PH.

"Tetapi kali ini, gelombang itu kita dapat perhatikan bahawa gelombang itu kelihatan positif untuk kita (BN)," katanya ketika sidang akhbar selepas melancarkan program UUM-PIBKS Membina Kesejahteraan Rakyat, di sini pada Isnin.

Iklan

Menurutnya, UMNO perlu memenangi lebih satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 15 Parlimen di Kedah pada pilihan raya akan datang.

"Kita perlu menang lebih daripada satu kerusi kerana jika kita menyumbang hanya satu kerusi dari setiap Parlimen ia tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan," katanya.

Iklan

Ketika mengulas mengenai strategi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz yang menyasarkan untuk memenangi satu kerusi DUN daripada setiap 15 kerusi Parlimen di Kedah, Mahdzir berkata, ia adalah strategi kepimpinan negeri dan akan menyokong apa sahaja kaedah dan strategi negeri.

"Apa yang penting dalam pilihan raya adalah pertamanya calon, adakah mereka boleh diterima atau tidak, bukan sahaja untuk UMNO tetapi calon itu perlu diterima oleh orang ramai di kawasan itu," jelas beliau.