SINGAPURA - Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura (ICA) memaklumkan pihaknya tidak menjalankan pemeriksaan pelepasan imigresen ke atas motosikal di Pusat Pemeriksaan Woodlands selepas 11 malam, 20 September.
Ia susulan penutupan zon ketibaan motosikal di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor mulai 11.59 malam pada 20 September hingga 4 pagi 21 September bagi kerja-kerja penggantian papan tanda, menurut ICA dalam maklumat terkini di Facebook pada Isnin.