Azimat Farah Ann barakan semangat Zarith Imaan

Iklan
Zarith Imaan berjaya meraih tiga pingat emas dan satu perak dalam keempat-empat disiplin yang dipertandingkan bagi acara berkenaan.

ATLET gimnastik artistik Pulau Pinang, Zarith Imaan Khalid mengakui kata-kata bekas ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi bahawa dia bakal menjadi penggantinya suatu hari nanti membakar semangatnya untuk memberikan yang terbaik bagi acara gimnastik artistik di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara (MSN) sempena Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 pada Isnin.

Menurut atlet berusia 19 tahun itu, kata-kata Farah Ann itu ternyata menjadi azimat buatnya hingga berjaya meraih tiga pingat emas dan satu perak dalam keempat-empat disiplin yang dipertandingkan bagi acara berkenaan.

Iklan
Iklan

"Apa pun, saya perlu berusaha dengan lebih keras untuk menjadi seperti dia suatu hari nanti,” katanya pada Isnin.

Sebagai rekod, dalam acara gimnastik artistik, Zarith Imaan meraih emas bagi disiplin Palang Bertingkat, Batang Titian dan Senaman Lantai selain meraih perak bagi acara Melombol.

Iklan

Temasya Sukma kali ini merupakan kedua buat Zarith Imaan setelah beraksi di Sukma Perak 2018.

Mengulas mengenai prestasinya, Zarith Imaan nyata berbangga kerana mampu memenangi emas dalam tiga disiplin yang disertai biarpun mengalami kecederaan ringan pada bahagian kaki.

Iklan

Bagaimanapun, katanya, semangatnya untuk meraih kejayaan bagi acara berkenaan telah membuatkannya ‘lupa’ seketika terhadap kecederaan dialaminya itu.

"Saya mengalami kecederaan sedikit, tetapi tidak terlalu serius dan masih boleh meneruskan kesemua disiplin. Saya gembira kerana berjaya menghabiskan kesemua disiplin bagi gimnastik artistik kali ini,” ujarnya.