PGA gagalkan cubaan seludup PATI warga Bangladesh

Iklan
PATI warga Bangladesh ditahan PGA di Banting, Selangor, kelmarin.

KUALA LUMPUR - Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui perairan Tanjung Sepat, Banting dalam Ops Nyah 1, kelmarin.

Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, kira-kira jam 2.30 pagi, anggotanya mengesan kereta Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan di Kampung Tanjung Sepat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, anggota terbabit cuba menahan kereta terbabit, namun gagal sebelum meminta bantuan petugas di Markas Taktikal PGA Pantai Morib.

"Sepasukan anggota bergerak ke lokasi untuk mengesan kenderaan tersebut sebelum menahan Proton Wira dan Proton Persona di Kampung Tali Air, Banting.

Iklan
Mohamad Ghani (kiri) Program Gotong-royong amal PDRM bersama masyarakat di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, hari ini.

"Pemeriksaan mendapati terdapat 11 lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 20 hingga 40-an tanpa memiliki dokumen perjalanan sah di dalam kereta terbabit," katanya pada sidang akhbar selepas Program Gotong-Royong Amal Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Masyarakat di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, di sini, hari ini.

Beliau berkata, turut ditahan dua lelaki tempatan berusia 37 dan 40 tahun merupakan pemandu kereta terbabit.

Iklan

Katanya, pihaknya percaya PATI ini akan dibawa ke tempat tinggal sementara selepas masuk melalui perairan Tanjung Sepat.

"Siasatan masih dijalankan bagi memburu dalang terbabit. Kes disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM)," katanya.

Rampasan paket dadah dibuat susulan tertangkapnya dua individu di Sungai Besar, Khamis lalu.

Tambahnya, pihaknya percaya sindiket ini menggunakan pelbagai kenderaan seperti bas dan van pelancong untuk membawa PATI bagi mengelakkan kegiatan itu dikesan pihak berkuasa.

Dalam perkembangan lain, Khamis lalu, kira-kira jam 12 tengah hari, PGA menyerbu sebuah rumah di Sabak Bernam, Selangor dan merampas lima paket plastik lut sinar disyaki berisi dadah heroin dan methamphetamine selain pelbagai peralatan seperti alat penimbang, pisau lipat dan beg sandang.

Selain itu, sehari sebelum serbuan tersebut, pihaknya turut berjaya menahan dua individu termasuk seorang wanita berusia 51 dan 38 tahun.

"Operasi kira-kira jam 7.30 petang Kampung Tebuk Marso, Sungai Besar, Selangor berjaya menahan suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penagihan serta pengedaran dadah selain rampasan tiga paket dadah jenis heroin," katanya.