Polis siasat dua kejadian dera anjing

Iklan
Gambar hiasan.

KAJANG - Polis membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan mendera anjing dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan di Bandar Teknologi Kajang di sini pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, laporan pertama dibuat pada Jumaat oleh seorang wanita yang mendakwa ternampak perbuatan suspek melastik anjing liar di kawasan hadapan rumahnya.

Iklan
Iklan

"Wanita tersebut mendakwa suaminya kemudian ke rumah suspek untuk menegur dan menasihati supaya tidak melakukan perbuatan mendera atau khianat ke atas haiwan tersebut hingga berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

Katanya, dalam kejadian kedua, laporan dibuat oleh seorang lelaki yang mendakwa berlaku kekecohan selepas dia memberi nasihat supaya tidak menganiaya atau mendera haiwan termasuk anjing.

Iklan

"Keadaan menjadi tidak terkawal apabila berlaku kekecohan (jerit-menjerit dengan perkataan kesat) antara mereka.

"Kejadian disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 manakala kes kedua disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Ali Hamzah ditalian 019-8660324 bagi membantu siasatan," katanya.