[VIDEO] UK ucap selamat tinggal kepada Ratu Elizabeth II

Iklan
Orang ramai bertafakur selama dua minit semasa menghadiri upacara pengebumian Ratu Elizabeth II di London. - AFP

LONDON - United Kingdom (UK) yang berkemungkinan berada di ambang perpecahan berikutan isu Brexit kini bersatu bagi mengucapkan selamat tinggal kepada Ratu Elizabeth II.

Hari ini, penduduk di England, Wales, Scotland dan Ireland Utara memberikan penghormatan terakhir kepada Elizabeth II yang bakal disemadikan di King George VI Memorial Chapel yang juga tempat persemadian bapanya, Raja George VI; ibunya, Ratu Elizabeth, adiknya, Puteri Margaret, serta suami, Putera Phillip yang meninggal dunia pada April 2021.

Iklan
Iklan

Majlis persemadian negara Ratu Elizabeth II dijangka selesai pada jam 7.30 malam (waktu tempatan) sekali gus menjadi perhimpunan diplomatik terbesar sejak Sukan Olimpik pada 2012.

Di Ireland Utara, majlis pengebumian mendiang ratu dipancarkan menerusi skrin gergasi di bangunan sivik termasuk Dewan Bandaraya Belfast. dan beberapa lokasi utama termasuk Taman Holyrood Edinburgh (Scotland) dan Hyde Park London (England).

Iklan

Di Scotland, ribuan orang berkumpul di hadapan Istana Holyroodhouse - lokasi keranda ratu ditempatkan selepas kemangkatannya di estet diraja Balmoral hampir dua minggu lalu.

Siaran langsung upacara pengebumian Ratu Elizabeth II turut dipancarkan ke skrin gergasi di Taman Holyrood Edinbugrh di Scotland serta di Hyde Park London (Wales)

Iklan

Sementara itu, Menteri Pertama Wales, Mark Drakeford dan Menteri Pertama Scotland, Nicola Sturgeon adalah tetamu kenamaan yang hadir pada majlis pengebumian Ratu Elizabeth II.

Sturgeon yang menerajui usaha Scotland untuk mencapai kemerdekaan turut memberikan pujian menggunung kepada mendiang ratu.

"Baginda adalah pemimpin hebat dan ia satu penghormatan besar kepada saya untuk mewakili Scotland," ujar Sturgeon.

Kenyataan terbaharu itu dibuat tidak sampai sebulan UK secara rasminya keluar daripada menjadi anggota Kesatuan Eropah (EU) yang dianggotainya sejak 1 Januari 1973. - AFP