Kelantan terima permohonan maaf Azhar

Iklan
Ahmad (dua, kiri) bermesra dengan peserta dan kakitangan Seminar Hala Tuju Industri Mineral Kelantan, di Kompleks Kota Darul Naim.

KOTA BHARU - Kerajaan negeri menerima permohonan maaf daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya mengucapkan syukur kerana Azhar mengakui kesilapan dan sanggup memohon maaf di atas keterlanjuran kata.

Iklan
Iklan

Ahmad turut mengucapkan terima kasih kerana ucapan maaf itu sekali gus membersihkan nama baik anak Kelantan di dalam dan luar negeri.

"Syukur alhamdulillah, kita menerima mohon maaf dan terima kasih,” katanya, selepas Seminar Hala Tuju Industri Mineral Kelantan, di Kompleks Kota Darul Naim.

Iklan

Beliau berkata demikian susulan kenyataan kontroversi Azhar terhadap pengundi Kelantan yang tinggal di luar negeri itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengerusi SPR mohon maaf

Iklan