Tukar pengurus bukan tindakan sesuai

Iklan
Nagelsmann - Foto Getty Images

PERTUKARAN pengurus bukanlah jalan penyelesaian yang sesuai dalam usaha menangani prestasi kurang memberangsangkan terhadap mana-mana kelab bola sepak di seluruh dunia.

Perkara itu ditegaskan Presiden Bayern Munich, Herbert Hainer bagi mengulas khabar angin berhubung pertukaran pengurus, Julian Nagelsmaan susulan prestasi hambar kelab berkenaan ketika ini.

Iklan
Iklan

Malah menurut Haine, pihaknya masih menaruh kepercayaan dengan kemampuan Nagelsmann untuk terus mengemudi kelab berkenaan.

"Kami akan terus memberikan kepercayaan kepada Nagelsmann untuk mengemudi kelab ini kerana kami yakin dengan kemampuannya.

Iklan

"Lagipun dia merupakan individu yang bertanggungjawab mengemudi kelab ini memenangi DFL-Supercup 2021, 2022 dan juga Bundesliga musim 2021-22.

"Oleh itu, sebarang pertukaran atau pemecatan terhadap pengendali seperti ini sama sekali tidak akan berlaku dan ia memang tidak ada dalam perancangan kami musim ini,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, Nagelsmann mula mengemudi Bayern sejak musim 2021 lalu setelah mengemudi 1899 Hoffenheim mulai 2016 hingga 2019 dan RB Leipzig (2019 hingga 2021).

Sementara itu menurut Haniner, pihaknya juga sudah mempunyai perancangan tersendiri terhadap kelab berkenaan musim ini.

Katanya, kesemua perancangan sedang dalam perbincangan dan setelah ia (perancangan) dipersetujui, ia akan dilaksanakan dengan secepat mungkin.

"Seperti anda semua tahu, kelab ini bernama Bayern Munich dan ia merupakan antara pasukan ‘gergasi’ di Bundesliga.