Aaronson mahu muncul legenda Leeds

Iklan
Aaronson - Foto Getty Images

PEMAIN Leeds United, Brenden Aaronson mendedahkan bahawa dia berazam untuk muncul selaku antara pemain ‘legenda’ bagi kelab berkenaan.

Menurut bekas pemain RB Salzburg itu, hasrat berkenaan telah tersemat di hatinya sejak melakukan debut di Ellan Road musim panas lalu.

Iklan
Iklan

"Sejak tiba di sini (Ellan Road), saya rasa sungguh dihargai. Ternyata, penyokong gemarkan aksi yang saya pamerkan setakat ini.

"Untuk mencapai sasaran itu, saya perlu sentiasa bekerja keras dan memberikan aksi yang terbaik bagi menjamin kejayaan pasukan,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, Aaronson menyertai Leeds United pada musim panas lalu dan kehadirannya ternyata membantu kelab berkenaan.

Setelah tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berlangsung, Leeds United berada pada kedudukan ke-11 dengan meraih lapan mata daripada enam perlawanan yang diharungi.

Iklan

Sementara itu, Aaronson berkata, dia sentiasa bersedia memberikan 110 peratus ketika beraksi dalam usaha melakar kejayaan buat pasukan.

Malah katanya, dia juga mahu memastikan dirinya mempamerkan aksi terbaik dari semasa ke semasa.

"Secara keseluruhannya, saya gembira berada di sini (Ellan Road). Semua orang boleh saksikan bahawa saya boleh berikan sepenuh komitmen bagi membantu kemenangan pasukan.

"Kami akan kembali dengan lebih baik selepas tempoh rehat antarabangsa nanti,” katanya.