Turner akui Arteta banyak beri tunjuk ajar

Iklan
Turner - Foto Getty Images

PENJAGA gol kedua Arsenal, Matt Turner mengakui pengendali Arsenal, Mikel Arteta banyak mengajarnya cara untuk menjadi pemain yang baik.

Menurut pemain berusia 24 tahun itu, Arteta sudah mula menegurnya berhubung perkara berkenaan.

Iklan
Iklan

"Pada sesi latihan pertama saya bersama Arsenal, saya telah melakukan kesilapan apabila ‘kehilangan bola’ daripada kawalan.

"Ketika itu, saya menjadi agak kecewa kerana saya pasti ia memberikan gambaran buruk mengenai saya kepada Arteta.

Iklan

"Bagaimanapun, Arteta datang kepada saya dan berkata dia tidak mahu perkara seperti itu berulang lagi dan berkata 'saya mahu anda (Turner) untuk terus maju ke hadapan',” katanya.

Sementara itu Turner turut berazam berjanji untuk memberikan aksi terbaik setiap kali diturunkan dalam kesebelasan utama The Gunners kelak.

"Saya berazam untuk memberikan yang terbaik apabila diturunkan. Kata-kata Arteta supaya saya terus maju ke hadapan akan saya ingat sampai bila-bila.

Iklan

"Bagi saya yang penting adalah untuk sentiasa berusaha walaupun adakalanya kita menemui kegagalan,” katanya.