Verratti terlepas aksi bersama Itali

Iklan
Verratti mengalami kecederaan ketika beraksi bersama PSG menentang Lyon baru-baru ini. - Foto Agensi

PEMAIN sensasi, Marco Verratti bakal terlepas aksi bersama Itali untuk perlawanan Liga Negara-Negara selepas pemain tengah Paris Saint Germain (PSG) itu terpaksa digantikan akibat kecederaan betis.

Verratti, 29, terpaksa meninggalkan padang pada minit ke-64 ketika kemenangan 1-0 ke atas Lyon.

Iklan
Iklan

Jurulatih PSG, Christophe Galtier berkata, pemain itu akan menjalani pemeriksaan lanjut untuk memastikan tahap kecederaannya.

Pengurus Itali, Roberto Mancini berkata, pemain itu tidak dapat bermain apabila mereka melayan kunjungan England pada Sabtu di Milan sebelum berkunjung ke Budapest menentang Hungary tiga hari kemudian.

Iklan

"PSG mengesahkan bahawa Verratti akan kembali ke kelab Perancis itu untuk menerima rawatan betis kiri," ujar Mancini.

Itali meraih lima mata daripada empat perlawanan dalam Liga A Kumpulan 3 dan ketiga di belakang Jerman dan pendahulu Hungary.

Iklan