KLUANG - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di Kilometer 86.6 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, Ayer Hitam dekat sini pada Isnin.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Ramli Said berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.19 tengah malam.