Streram nafi orang kanan ditahan

Iklan
Karunesh menunjukkan laporan polis yang dibuatnya. - Foto ADAM AMIR HAMZAH

SEREMBAN - Calon PH, Dr S Streram menafikan orang kanannya, U Karunesh ditahan berhubung pemasangan kain rentang berunsur provokasi di sekitar Rantau.

Menurutnya, tuduhan tersebut adalah fitnah bagi menjejaskan kempen PH sepanjang PRK.

Iklan
Iklan

"Dia tak pernah ditahan, malah dia pun ada ikut program saya hari ini.

"Mengenai isu kain rentang ini, kita dah buat laporan polis dan biarkan mereka siasat," katanya selepas program di Kampung Segga di sini, hari ini.

Iklan

Terdahulu, tular di media sosial sebuah infografik memaparkan wajah Karunesh dan mendakwa dia sebagai individu yang memasang kain rentang berunsur provokasi bagi membangkitkan kemarahan orang India terhadap calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Iklan

Streram kesal ada pihak naikkan kain rentang provokasi

Kain rentang provokasi burukkan BN: Tok Mat

Sementara itu, Karunesh yang juga pengarah kempen Streram berkata, dia telah membuat laporan polis berhubung fitnah itu.

"Saya dapat tahu perkara ini melalui kumpulan Whatsapp. Malah, ada rakan-rakan dari Australia, India dan New Zealand telefon bertanya mengenainya.

"Bagi saya, ini semua cubaan untuk menjatuhkan imej saya sebagai ahli perniagaan dan ahli politik.

Mungkin saya jadi sasaran kerana saya rapat dengan Dr Streram," katanya.

Dia bagaimanapun tidak mahu membuat sebarang tuduhan dan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk siasatan.

"Saya harap semua orang berkempen dengan cara yang baik dan secara sihat. Jangan buat fitnah, kalau ada bukti sila tunjukkan," katanya.