Kerajaan tiada kaedah kurangkan kesan kejatuhan ringgit: Faiz

Iklan
Faiz

SHAH ALAM - Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa kerajaan tiada kaedah dalam usaha untuk mengurangkan kesan kejatuhan ringgit terhadap harga makanan.

Pengerusi Biro Penggunanya, Faiz Fadzil berkata, pihak terlibat sebaliknya disibukkan dengan desakan untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU) walaupun pada musim banjir.

Iklan
Iklan

Dakwa Faiz, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pula hanya memikirkan pemotongan subsidi yang jelas tidak mempedulikan nasib rakyat.

Malah, dakwa Faiz lagi, hingga sekarang, masih tidak ada kaedah reformasi struktur untuk mengurangkan kesan kejatuhan ringgit terhadap harga makanan.

Iklan

"Sepatutnya, Pasukan (Khas) Jihad (Tangani) Inflasi pimpinan (Tan Sri) Annuar Musa sudah berbincang dengan negara-negara alternatif untuk mengimport makanan, di mana dolar AS (Amerika Syarikat) tidak digunakan sebagai medium pertukaran.

"Di samping itu, kerajaan juga harus mengembangkan kempen beli produk makanan tempatan dan pada masa yang sama, membantu mengurangkan kos pengeluaran makanan tempatan.

Iklan

"Namun, Pasukan (Khas) Jihad (Tangani) Inflasi lesu hingga kini," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Pada Julai, inflasi makanan Malaysia sudah naik ke paras paling tinggi dalam sejarah pada kadar 6.9 peratus sekali gus kejatuhan ringgit pasti akan menjadikan inflasi makanan lebih parah.

Faiz menambah, Tengku Zafrul tidak boleh hanya menyalahkan perubahan kadar faedah AS sebagai faktor merudumnya nilai ringgit.

"Justeru, kerajaan digesa bertindak segera menangani kesan kejatuhan ringgit bagi membela nasib rakyat yang terkesan teruk akibat kemerosotan ekonomi negara sekarang," katanya.