Runtuhan kuari: Pasukan penyelamat jumpa rangka manusia

Iklan
Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan kuari di Simpang Pulai. - Foto Ihsan JBPM Perak (Gambar kecil: Laporan Sinar Harian)

IPOH - Rangka tulang manusia ditemui di tapak kuari Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini pada Selasa dipercayai milik mangsa yang tertimbus dalam tragedi runtuhan batu, Mac lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman berkata, rangka berkenaan dijumpai bersama jengkaut oleh pasukan mencari dan menyelamat antara jam 11.45 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Benar, telah dijumpai pagi tadi, pasukan mencari dapat mengesan jengkaut digunakan mangsa diikuti penemuan beberapa tulang dan baju.

"Buat masa ini, kita belum pasti tulang berkenaan milik mangsa yang mana," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Iklan

Insiden runtuhan pada 8 Mac lalu telah mengakibatkan dua mangsa tertimbus iaitu Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49, bersama jentera digunakan.

Seorang lagi mangsa berusia 35 tahun yang mengalami patah tulang kaki dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan manakala rakannya berusia 38 tahun cedera ringan.

Iklan

Polis sebelum ini memberi jaminan operasi mencari dua mangsa terbabit tidak dihentikan walaupun kerja-kerja pencarian belum membuahkan hasil.