Pulau Pinang tidak bubar DUN sekiranya PRU15 pada musim banjir

Iklan
Kon Yeow

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan pada musim monsun yang dijangka hujung tahun ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, proses melaksanakan PRU semasa musim banjir amat tidak sesuai kerana ia berisiko kepada keselamatan pengundi.

Iklan
Iklan

"Kalau bukan musim monsun itu lain cerita. Kalau musim monsun kami mungkin tidak ikut (pilihan raya) sebab terlalu berisiko tinggi," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya, di Komtar, pada Selasa.

Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata, kerajaan Pusat sepatutnya lebih cakna situasi dan mengambil kira pandangan rakyat yang tentunya tidak mahu PRU diadakan pada musim banjir.

Iklan

Beliau berkata, sudah pasti ramai akan menolak dan mengecam pihak yang menggesa PRU15 diadakan pada musim tengkujuh.

Sebelum ini Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan parti itu sanggup meredah banjir untuk berkempen sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada akhir tahun ini.

Iklan

Ahmad Zahid berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangs, pada Sabtu.