Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 dapat sambutan

Iklan
Alexander (tiga dari kiri) menyempurnakan perasmian program Belia Berinovasi: Aspirasi Keluarga Malaysia anjuran MyIPO di MRSM Bentong, pada Selasa.

BENTONG - Sebanyak RM504,869 telah dibelanjakan menerusi peruntukan Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 bernilai keseluruhannya RM1 juta bagi tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jumlah itu membabitkan 552 daripada 1,181 permohonan keseluruhan.

Iklan
Iklan

Kata beliau, setakat ini dana berkenaan mendapat sambutan baik dalam kalangan usahawan.

"Baki RM495,130 masih ada untuk tahun ini dan perlu direbut oleh orang ramai.

Iklan

"Setakat ini, majoriti yang memohon dana melibatkan industri komestik, makanan iaitu kebanyakannya permohonan cap dagangan dan hak cipta," katanya pada sidang akhbar sejurus selesai program Belia Berinovasi: Aspirasi Keluarga Malaysia anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP), Datuk Azman Mohd Yusof; Ketua Pengarah MyIPO, Abdul Haris Lakar; Pengarah KPDNHEP Pahang, Datuk Mark Ujin dan Pengetua MRSM Bentong, Mohd Ariffin Sulaiman.

Iklan

Dalam pada itu, Alexander memberitahu, program tersebut merupakan inisiatif MyIPO untuk memberi pendedahan awal dan komprehensif mengenai harta intelek kepada kumpulan sasar di sektor pendidikan iaitu guru dan pelajar.

"Kementerian mengalu-alukan pihak sekolah di negara ini memanfaatkan dana tersebut yang boleh dibuat secara manual di mana-mana pejabat cawangan MyIPO atau secara dalam talian," ujar beliau.