Pesawah, Razali Mamat, 62, melakukan kerja-kerja menambak batas sawah untuk menakung air sebelum aktiviti menabur benih padi ketika tinjauan fotoBernama di Kubang Parit hari ini.
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) meminta petani, penternak dan nelayan membuat pendaftaran perusahaan yang mereka usahakan bagi memudahkan pengagihan bantuan khususnya ketika berlaku bencana.
Timbalan Menterinya Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, ia sebagai langkah persediaan pihaknya menyediakan peruntukan bagi membantu golongan itu apabila terjejas dengan bencana alam.