Pesakit Alzheimer mungkin cecah 139 juta menjelang 2050

Iklan
Terdapat lebih 55 juta pesakit Alzheimer di seluruh dunia ketika ini. - Foto 123RF

ANKARA - Jumlah pesakit Alzheimer di dunia mungkin mencecah 139 juta menjelang 2050, menurut laporan terbaharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pada masa ini terdapat lebih 55 juta pesakit Alzheimer di seluruh dunia, dan angka berkenaan dijangka meningkat kepada 78 juta menjelang 2030 dan 139 juta pada 2050, menurut Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Pada 21 September, Hari Alzheimer Sedunia disambut bagi meningkatkan kesedaran serta menyokong individu yang terjejas akibat penyakit itu.

Setiap tahun, beribu-ribu orang mati di seluruh dunia akibat penyakit berkenaan, sejenis keadaan yang menyebabkan seseorang hilang ingatan atau demensia, dan penurunan fungsi kognitif akibat kematian sel-sel otak dari semasa ke semasa.

Iklan

Lebih daripada 60 peratus pesakit Alzheimer tinggal di negara berpendapatan rendah dan sederhana, dengan 10 juta kes baharu direkodkan setiap tahun.

WHO mendedahkan bahawa penyakit Alzheimer merupakan punca kematian ketujuh paling biasa di seluruh dunia, dan jumlah pesakit diramal meningkat hampir tiga kali ganda menjelang 2050.

Iklan

Pada masa ini tiada rawatan khusus tersedia untuk menyembuhkan atau memperlahankan demensia.

Data penyelidikan mendapati orang ramai boleh mengurangkan risiko demensia dengan kerap bersenam, tidak merokok dan minum minuman beralkohol, mengawal berat badan, makan secara sihat, dan mengekalkan tekanan darah, kolesterol dan paras gula dalam darah. - Bernama