PETROLIAM Nasional Bhd (Petronas) berjaya mencatat penemuan gas di telaga cari gali Cengkih-1 di Blok SK 320 yang terletak di Wilayah Luconia Tengah, kira-kira 220 kilometer dari perairan Bintulu, Sarawak.
Menurut syarikat minyak dan gas nasional itu, telaga cari gali Cengkih-1 itu dapat digerudi sehingga kedalaman 1,680 meter pada Ogos 2022 dan mencecah lebih 110 meter turus gas dalam kawasan takungan mercu karbonat Miocene Cycle IV/V.