Syahida Asyiqin ratu kayak Sukma 2022

Iklan
Syahida Asyiqin

ATLET Terengganu, Syahida Asyiqin Rusli mungkin mampu bersaing bagi merebut gelaran olahragawati apabila terus menampilkan aksi cemerlang dalam sukan Kayak di temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022.

Ia selepas, atlet berusia 18 tahun itu terus menampilkan aksi cemerlang apabila menambah dua kilauan pingat emas dalam sukan kayak temasya Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 sebentar tadi.

Iklan
Iklan

Pada aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Putrajaya, Syahida Asyiqin berjaya mengungguli acara K1 200 meter (m) dengan catatan masa 47.315 saat (s), dan K2 200m (46.365 s) dengan kedua-duanya berjaya memperbaharui rekod kebangsaan.

"Saya tak jangka sebenarnya mampu untuk memperoleh emas sebanyak ini kerana lawannya saya juga hebat-hebat.

Iklan

"Malah ada di antara mereka berlatih di luar negara berbanding saya yang hanya berlatih di Sungai Kuala Ibai.

"Jadi saya sangat berterima kasih kepada ibu bapa saya, jurulatih dan kawan-kawan sehingga saya berjaya untuk memperoleh kejayaan ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan.

Iklan

Untuk rekod, Ini bukanlah kali pertama Syahida Asyiqin berjaya memperoleh emas serta memecahkan rekod kebangsaan memandangkan dia turut memecah empat rekod kebangsaan dalam acara K1 1000m (4:24.494s), K1 500m (2:8.362s) K1 200 (47.315s) dan K2 200m (46.365s).

Secara keseluruhan untuk acara kayak, atlet berasal dari Kuala Terengganu itu sudah meraih empat emas, dua perak dan satu gangsa sebelum dia dijadual menyertai tiga acara perahu naga bermula esok.