'Hentikan kempen negatif terhadap Pulau Langkawi'- Sanusi

Iklan
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir pada Dialog Bajet 2023 Kerajaan Negeri Kedah pada Selasa. - Foto Bernama.

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah meminta segelintir pihak agar menghentikan kempen negatif kepada Langkawi dengan dakwaan harga hotel dan makanan semakin mahal di pulau legenda itu dan mengalakkan orang ramai melancong ke Thailand.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, data Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) masih menunjukkan kehadiran para pelancong ke Langkawi tetap mengalakkan.

Iklan
Iklan

"Kalau mereka pergi sana (Thailand), kita tidak boleh halang kerana bagi saya itu normal dalam industri pelancongan.

"Kalau mereka pernah datang melancong di Pulau Langkawi, mesti mereka mahu pergi melancong ke tempat-tempat atau negara lain pula.

Iklan

"(Cuma) kempen negatif untuk Langkawi, saya harap itu dapat dihentikan. Harga biasa sahaja (di Langkawi), Thailand lebih mahal sebab nilai duitnya lebih besar, baik pergi Langkawi," katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di Alor Setar pada Selasa.

Beliau berkata demikian mengulas beberapa hantaran di media sosial menggalakkan orang ramai untuk pergi melancong ke Thailand berbanding ke Langkawi kerana mendakwa harga hotel dan makanan di pulau legenda itu jauh lebih mahal berbanding negara jiran.

Iklan

Muhammad Sanusi melihat situasi tersebut sebagai sementara sahaja kerana kerajaan negeri akan bekerjasama dengan ejen-ejen pelancongan untuk mempergiatkan lagi promosi pelancongan di tanah besar dan pulau tersebut.

"Kalau ramai (pelancong) yang pergi Thailand, tidak bermakna kita akan terjejas teruk... keadaan ini hanya sementara sahaja,” katanya lagi.

Sebelum itu, Muhammad Sanusi menghadiri Dialog Bajet 2023 Kerajaan Negeri Kedah bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Norizan Khazali dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Isahak Murat selaku moderator majlis.

Menurutnya, dialog yang diadakan itu ini bertujuan mendapatkan input daripada pihak lain yang turut berkongsi pandangan dan boleh digunakan dalam penyediaan bajet tahun 2023.

"Semua pandangan akan diambil kira berdasarkan keupayaan negeri untuk menyediakan peruntukan bagi semua cadangan yang disuarakan,” ujar beliau.