Indonesia lulus UU PDP

Iklan
Johnny G Plate

JAKARTA - Parlimen Indonesia pada Selasa meluluskan Rancangan Undang-undang Perlindungan Data Peribadi (RUU PDP) yang mengenakan hukuman lebih tegas.

Kelulusan tersebut diberikan setelah negara keempat berpopulasi paling padat di dunia itu berdepan siri kebocoran data selain siasatan dilancarkan terhadap beberapa agensi dan institusi termasuk firma insurans serta syarikat telekomunikasi yang mendedahkan rekod vaksinasi Presiden Joko Widodo atau Jokowi.

Iklan
Iklan

Menteri Komunikasi, Johnny G Plate menyifatkan UU PDP (Undang-undang Perlindungan Data Peribadi) itu menandakan era baharu dalam pengurusan data peribadi di Indonesia terutama dalam bidang digital.

Difahamkan, undang-undang berdasarkan perundangan Kesatuan Eropah (EU) tersebut telah dibentangkan sejak 2016 dan turut mencetuskan perdebatan tentang jumlah denda dan kawalan terhadap badan pengawasan bertanggungjawab.

Iklan

Sementara itu, pakar perlindungan data, Satriyo Wibowo berkata, UU PDP akan memastikan syarikat berkaitan untuk meningkatkan perlindungan data mereka. - Agensi

Info

Iklan

>UU PDP itu memberikan kuasa kepada Presiden untuk menubuhkan badan pengawasan bagi mengambil tindakan terhadap pengendali data kerana melanggar peraturan mengenai pengedaran atau pengumpulan data peribadi.

>Denda terbesar ialah pembayaran dua peratus daripada hasil tahunan syarikat dan aset mereka dirampas atau dilelong.

>UU PDP itu juga menetapkan individu yang disabit bersalah memalsukan data peribadi untuk kepentingan sendiri boleh dihukum penjara sehingga enam tahun manakala individu yang memperoleh data peribadi secara haram boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.

>Pengguna juga boleh menuntut pampasan bagi sebarang pelanggaran data dan menarik balik kebenaran untuk penggunaan maklumat mereka.