Suka dalam duka Badang Perlis

Iklan
Azri Irfan

BADANG Perlis, Muhammad Azri Irfan Azhar mengakui dia pada mulanya terkejut apabila mengetahui salah seorang rakan senegerinya 'sangkut' doping ketika ingin menyertai Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022.

Menurut Azri, yang memenangi pingat emas sulungnya pada Sukma 2022 dalam acara 55 kilogram (kg), dia sedih pada mulanya selepas mendengar berita, memandangkan ia akan menutup peluang kontinjen Perlis untuk menyertai temasya pada edisi ke-20 apabila peraturan Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) menjelaskan negeri yang terlibat dengan doping tidak dibenarkan bertanding.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, segalanya berubah selepas Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil alih acara sukan angkat berat dan membenarkan acara tersebut diteruskan selepas PABM ‘meninggalkan’ temasya tersebut.

"Sebenarnya atlet yang disahkan gagal doping tidak menjalani latihan bersama kami di Perlis dan dia berlatih di MSN. Jadi, saya kenal macam itu sahaja.

Iklan

"Bila dapat tahu ada atlet Perlis gagal doping saya terkilan dan menangis kerana khuatir mungkin seluruh atlet Perlis tidak dapat sertai Sukma kali ini.

"Bagi saya memang menyusahkan kerana jika Perlis tidak dapat bertanding, ia meranapkan segala apa yang saya usahakan. Saya telah menjalani latihan selama empat tahun. Alhamdulilah, akhirnya saya berjaya meraih pingat emas pada Sukma 2022 ini,” katanya ketika ditemui, pada Selasa.

Iklan