Perak kaya atau Teong Kim tiada kerja: TMJ

Iklan
Tunku Ismail (kiri) bersama Teong Kim. - Foto FB Johor Southern Tigers

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim membayangkan kemungkinan dua situasi Perak FC berjaya mengikat bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim sebagai jurulatih baharu pasukan itu.

Pemilik Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mendakwa isu kewangan disifatkan menjadi faktor Teong Kim dan The Bos Gaurus berjaya memeterai perjanjian.

Iklan
Iklan

"Sama ada Perak betul-betul kaya atau dia (Teong Kim) terima gaji lebih kecil kerana tiada kerja. Itu sahaja ceritanya.

"Saya very straightforward," kata Tunku Ismail.

Iklan

Tunku Ismail menjawab soalan daripada penyokong dalam satu sesi temubual di bilik media Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu pernah mendedahkan gaji yang tinggi diperlukan untuk mengupah bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich itu dengan JDT pernah berdepan situasi sama bagi mendapatkan khidmatnya.

Iklan

"Kalau untuk pembangunan, boleh tetapi berapa gaji dia? Masa dia mahu kerja dengan saya, dia minta 70,000, 80,000 euro (RM327,000-RM374,000) sebulan.

"Malah dia mahu membawa dua lagi pembantunya," kata Tunku Ismail.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga pernah mendedahkan gaji Teong Kim mencecah RM175,000 sebulan tanpa dikenakan cukai ketika dia memegang jawatan sebagai Pengarah AMD.