BAITULMAQDIS - Israel akan menutup dua wilayah Palestin iaitu Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang dijajah Israel menjelang tiga hari perayaan Yahudi, kata tentera rejim Zionis pada Selasa.
Ketika penutupan itu, penduduk Palestin tidak akan dibenarkan meninggalkan Tebing Barat atau Semenanjung Gaza untuk memasuki Israel semasa tahun baharu Yahudi iaitu Rosh Hashana pada akhir bulan ini dan cuti Yom Kippur serta Sukkot pada Oktober depan.