Guardian Fun Run 2022 dapat sambutan

Iklan
MAEPS di Serdang menjadi lautan ‘jingga Guardian’ apabila pelari Guardian Fun Run termasuk ibu bapa dan anak-anak mereka mengambil bahagian dalam Guardian Fun Run 2022.

SHAH ALAM - Guardian Fun Run 2022 yang dianjurkan oleh Guardian Malaysia (Guardian) di MAEPS Serdang dan secara maya pada Ahad telah mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Ketua Pemasaran, Guardian Health And Beauty Sdn Bhd, Angela Teo berkata, Guardian Fun Run 2022 adalah acara larian berorientasikan keluarga melibatkan Larian Keluarga Tiga Kilometer dan Larian Neon Lima Kilometer untuk pelari yang lebih serius.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Larian Maya turut diadakan untuk pelanggan Guardian yang tinggal di luar kawasan Lembah Klang agar mereka juga dapat turut serta.

"Guardian Fun Run 2022 adalah selaras dengan visi dan komitmen kami untuk membantu pelanggan menjalani kehidupan yang sihat dan indah pada setiap hari. Kami tahu bahawa selepas pandemik Covid-19, semua orang ingin hidup lebih sihat, bijak dan prihatin terhadap kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan
Guardian Fun Run 2022 mendapat sambutan yang memberangsangkan dan diadakan di MAEPS Serdang dan maya pada Ahad.

Angela berkata, pelbagai aktiviti telah diadakan sempena acara itu termasuk tawaran istimewa oleh 31 jenama yang mengambil bahagian dan konsert DJ yang gempak dan lapan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik.

"Guardian Fun Run 2022 telah mencatatkan pencapaian yang cemerlang dan kami berharap untuk menganjurkan banyak acara seperti ini pada masa hadapan. Inilah komitmen kami untuk membantu pelanggan kami hidup sihat dengan bijak,” katanya.

Iklan