Mahkamah arah sebahagian pernyataan bertulis saksi dibuang

Iklan
Ahmad Zahid Hamidi hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, mengarahkan sebahagian daripada tiga perenggan dalam pernyataan saksi bertulis Pengarah Media Presiden UMNO, Mejar Jeneral (B) Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican dibuang.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas pasukan pendakwaan membuat pemohonan agar perenggan 16 hingga 30 pernyataan saksi pembelaan kedua itu diketepikan, pada Isnin lalu.

Iklan
Iklan

Ketika prosiding kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Sequerah berkata, tiga daripada 34 perenggan itu perlu dikeluarkan sementara selebihnya dibenarkan untuk dibaca dalam prosiding kes ini.

Menurutnya, maklumat yang perlu dipadamkan iaitu menyentuh kredibiliti bekas Setiausaha Ekkekutif Ahmad Zahid, iaitu Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly membabitkan keseluruhan perenggan 18 dan ayat terakhir bagi 17 serta 22.

Iklan

"Oleh itu, sebahagian besar perenggan yang terkandung dalam pernyataan saksi ini, bukan perkara sampingan, sebagaimana mengikut Seskyen 153 Akta Kererangan 1950,” katanya.

Susulan itu beliau berkata, pernyataan saksi akan diterima dengan tidak memprejudiskan hak pendakwaan untuk meminta perenggan atau bahagian mana yang perlu dibuang, pada akhir kes itu melalui hujahan kes,” katanya.

Iklan

Menyentuh isu bantahan sama, yang mungkin akan dibangkitkan bagi saksi-saksi lain, Sequerah berkata, kedua-dua pihak boleh menyerahkan hujahan di akhir kes ini.

Pada Isnin, pasukan pendakwaan memohon kepada mahkamah, agar 15 perenggan dalam pernyataan bertulis saksi pembelaan kedua, Fadzlette yang kini bertugas sebagai Setiausaha Akhbar Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO itu, dikeluarkan.

Raja Rozela berkata, mereka mengemukakan bantahan terhadap pernyataan itu kerana ia dianggap boleh merosakkan kredibiliti Mazlina selaku saksi ke-90 pendakwaan.

Beliau berkata, pembelaan berulang kali membangkitkan isu bahawa Mazlina adalah saksi yang tidak boleh dipercayai dalam perbicaraan sebelum ini.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Prosiding di hadapan Sequerah bersambung.