Lima lelaki ditahan, dadah bernilai lebih RM20 juta dirampas

Iklan
Arjunaidi (dua dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas daripada dua sindiket berkenaan.

SHAH ALAM - Polis melumpuhkan dua sindiket pengedaran dadah dengan tertangkapnya lima lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM20.56 juta dalam dua operasi berasingan di sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor dengan kerjasama JSJN Bukit Aman, Negeri Sembilan, dan Johor pada 13 dan 15 September lalu berjaya menumpaskan sindiket dipercayai aktif mengedar dadah di Lembah Klang dan Johor.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam serbuan pertama, dua lelaki berusia 32 dan 35 tahun ditahan di kawasan parkir sebuah pasar raya di Ampang Jaya dan merampas empat ketulan mampat disyaki dadah heroin based.

Antara peralatan dirampas dipercayai digunakan untuk memproses dadah.

"Penahan itu membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Bandar Kinrara, Puchong dan menangkap seorang lelaki berusia 35 tahun dipercayai terlibat sindiket sama.

Iklan

"Polis kemudian menemui 112 ketulan mampat heroin base dalam sebuah kereta Mercedes di sekitar Sri Damansara, Petaling Jaya," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini pada Rabu.

"Pemeriksaan di rumah tersebut menemui 355 bungkusan dipercayai heroin base seberat 134.19 kilogram (kg), 54 bungkusan methampetamin (59kg), 20 ketulan mampat ganja (20kg), 15,830 biji pil erimin 5 (4.56kg), tujuh bungkusan pil ekstasi (3.19kg), dan enam bungkusan caffein digunakan untuk memproses dadah (6.12kg)," katanya.

Iklan

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua sindiket tidak mempunyai hubungan namun dipercayai menggunakan modus operandi yang lebih kurang sama.

355 bungkusan heroin base yang berjaya dirampas dalam operasi terbabit

"Mereka membawa masuk dadah dari negara jiran ke Lembah Klang sebelum diedarkan. Kita percaya mereka seludup ikut jalan darat.

"Polis juga masih menyiasat dari mana sindiket memproses dadah ini mendapat bahan mentah," kata beliau.

Pil erimin 5 yang dirampas.

Dalam pada itu, Arjunaidi memberitahu, polis menyita pelbagai aset termasuk dua buah kereta, lima motosikal, sebuah topi keledar berjenama, tiga utas jam tangan mewah dan wang tunai RM5,001 dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM152,001.

"Kesemua suspek berusia 23 hingga 35 tahun direman tujuh hari bermula dari tarikh tangkapan masing-masing di bawah seksyen 117 kanun acara jenayah dan kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," ujar beliau.