Ubah wang haram: SPRM tahan G Gnanaraja, akan dakwa esok

Iklan

PUTRAJAYA - Ahli perniagaan G Gnanaraja akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok bagi pertuduhan pengubahan wang haram.

Dalam kenyataannya hari ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pendakwaan itu dibuat selepas suruhanjaya menerima izin daripada Pejabat Peguam Negara.

Iklan
Iklan

Susulan itu, individu berkenaan ditahan pada 11.40 pagi tadi di ibu pejabat SPRM di sini, demikian menurut kenyataan tersebut.

Menurut SPRM, Gnanaraja akan menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. -Bernama

Iklan
Iklan