Cebisan tulang mangsa kedua runtuhan kuari ditemui

Iklan
Operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan di lokasi penemuan jengkaut dan rangka manusia di tapak kuari Keramat Pulai, Simpang Pulai.

SIMPANG PULAI - Mangsa kedua tragedi runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai Mac lalu berjaya ditemukan pasukan mencari dan menyelamat pada Rabu.

Operasi yang bermula jam 8 pagi itu mengesan beberapa cebisan tulang manusia disyaki milik mangsa berhampiran lokasi penemuan jengkaut sekitar jam 12 tengah hari.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, kerja-kerja penggalian bagi melebarkan kawasan pencarian telah dilakukan di tempat kejadian.

Bagaimanapun katanya, keadaan cuaca hujan lebat sedikit menyukarkan operasi diteruskan sehingga terpaksa dihentikan sementara atas faktor keselamatan pada jam 12.45 tengah hari.

Iklan

"Kerja-kerja penggalian dihentikan sementara selepas mendapat nasihat Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak.

"Operasi hanya akan diteruskan bergantung keadaan semasa cuaca," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Iklan

Insiden runtuhan pada 8 Mac lalu telah mengakibatkan dua mangsa tertimbus iaitu Itam Lasoh dan Kheow Loo Siew Soon, 49, bersama jentera digunakan.

Pada Selasa, pasukan mencari dan menyelamat menemui cebisan tulang dan rangka manusia bersama serpihan baju dan jengkaut di lokasi berkenaan dipercayai milik seorang daripada mangsa runtuhan.

Bagaimanapun setakat ini, masih belum dapat dipastikan cebisan baju dan tulang berkenaan adalah milik siapa.

Sekitar jam 5 petang pula, pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui bangkai jengkaut iaitu jentera yang dikendalikan oleh mangsa kedua yang tertimbus di bawah timbunan batu semasa kejadian.