Jumlah pegangan bon asing bersih Malaysia catat RM5.6 bilion

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

JUMLAH pegangan bon asing bersih Malaysia melantun kepada RM5.6 bilion pada Ogos 2022 selepas dua bulan berturut-turut mencatatkan aliran keluar bersih, berikutan selera asing untuk bon pasaran pesat membangun kembali pulih pada bulan itu, kata RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings).

Agensi penarafan kredit itu berkata pada Ogos 2022, pelabur asing membeli Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) bernilai RM3.6 bilion, RM1.9 bilion untuk Bil Perbendaharaan Malaysia dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia serta bon korporat bernilai RM69.1 juta.

Iklan
Iklan

"Memandangkan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh baru-baru ini berjaya meredakan kebimbangan mengenai kemerosotan pesat ekonomi, sentimen penghindaran risiko global telah berkurangan dalam kalangan pelabur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut RAM Ratings, hasil MGS 10 tahun meningkat paling banyak, mengukuh 8.6 mata asas bulan ke bulan kepada 3.98 peratus.

Iklan

"Perbezaan hasil antara MGS 10 tahun dan sekuriti Perbendaharaan AS (UST) 10 tahun terus mengecil, dengan purata 106 mata asas pada Ogos 2022 berbanding 116 mata asas pada Julai 2022 kerana pelabur menjangkakan kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan AS akan berterusan bagi baki tahun ini," katanya.

Ia menambah hasil UST meningkat lebih besar iaitu 48.0 mata asas bulan ke bulan kepada 3.42 peratus pada Ogos 2022, dan aliran mengecil itu berterusan hingga September dengan spread hasil berpurata sekitar 74.4 mata asas pada 13 September 2022. - Bernama

Iklan