S P Setia Berhad (S P Setia) menjalinkan kerjasama dengan Affin Bank Berhad (Affin Bank) menerusi kempen 'Home Step Fast/i' untuk menawarkan penyelesaian pembiayaan rumah kepada pembeli rumahnya untuk beberapa projek terpilih.
S P Setia dalam satu kenyataan berkata, 'Home Step Fast/i' membenarkan pembeli rumah S P Setia terutamanya pembeli rumah pertama dan pelabur untuk menikmati aliran tunai yang baik.