KLANG - China mencatatkan pelaburan tertinggi di Selangor dengan nilai pelaburan sebanyak RM3.93 bilion setakat ini.
Exco Pelaburan, Perindustrian Dan Perdagangan, Industri Kecil Dan Sederhana Selangor, Datuk Teng Chang Kim berkata, pelaburan tersebut membabitkan pelaburan dalam barangan berasaskan logam.
Iklan
Iklan
"Jepun pula penyumbang tertinggi dari segi bilangan projek iaitu 27 projek yang diluluskan pada tahun lalu berjumlah RM435.6 juta.
"Ia membabitkan industri semikonduktor, bahagian automasi kilang, industri makanan (produk ayam dan daging yang diproses); produk LED; automotif dan banyak lagi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir Program Gotong-royong Basmi Aedes bersama Komuniti di Pangsapuri Dahlia di sini tadi.
Terdahulu, 20 Mac lalu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengumumkan Selangor mencatatkan sejarah tersendiri apabila mencatatkan rekod tertinggi sejak 30 tahun lalu dalam pelaburan di negeri ini.
Prestasi pelaburan negeri mencatatkan prestasi terbaik bagi Selangor secara amnya dan khusus kepada Invest Selangor Berhad.